Bahan2 diperlukan:
1) 1 mangkuk minced chicken (brand ayamas pun ada). Kalau nak switch to daging pun boleh sebab resepi sama.
2) 1 biji telur (nak 2 pun boleh). Better suhu bilik.
3) Garam @ serbuk pati ayam
4) Lada sulah & lada hitam
5) Daun bawang & daun ketumbar
6) Shredded Elemental Cheese jenama Eborg
Steps:
**panaskan dulu steamer sehingga air mendidih**
1) Pecahkan telur dan pukul sehingga berbuih.
2) Masukkan garam (saya guna serbuk pati ayam), lada sulah, lada hitam. Gaul sebati. Boleh masukkan sedikit bawang holland sebagai cukup rasa.
3) Campurkan telur dan mixing tadi. Gaul sebati.
4) Masukkan daun bawang. Boleh kacau. Kalau nak biarkan atas adunan pun boleh.
5) Masukkan topping shredded cheese.
6) Masukkan ke dalam steamer.
**kukus dalam masa 10-15 min** Lain size lain time frame. Jadi bila dah siap, boleh rasa cheese tu melting, lembut & moist.
Agaknya boleh makan dengan apa ek selain nasi?? Think garlic bread will do. Heh! oh ya..lasagna?? will try next!!! :)
No comments:
Post a Comment