Marriage is FUN!!

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, January 03, 2014

Kedah vs Sarawak


Mesti tertanya-tanya kenapa title entry kali ni berbunyi seperti di atas?
Beginilah ceritanya...

Saya berasal dari Sarawak. Husband berasal dari Kedah. Bayangkan 2 negeri yang terpisah antara Laut Cina Selatan. Agak mustahil berjumpa kalau bukan pernah terserempak suatu ketika dahulu. Kisahnya bermula ketika Ramadan 2009. Cerita ni mengikut pengalaman saya. Kot lah cerita dari sebelah suami lain sikit. Heheh. 
Sarawak Bumi Kenyalang

Kedah Darul Aman

Kami sama-sama belajar di Universiti Malaysia Pahang. Dia pula senior dari saya 2 tahun dan juga senior semasa sama-sama menyertai KorSUKSIS (badan sukarelawan polis untuk mahasiswa universiti). Masa bulan Ramadan tu, saya selalu tolong di booth jualan makanan under KorSUKSIS. Kami jual cendol ngan roti john. Yang in-charge masa tu mmg student lah. Jadi hampir setiap hari menjadi kebiasaan saya turun utk tolong walaupun saya bukan Muslim (ehh..bukan??). Masa tu saya suka buat part roti john sebab saya tak pandai ikat plastik air. Hahaha!

Yang husband pula kadang2 juga dia tolong sebab masa tu dia agak busy ulang alik kampus Pekan (budak final year katakan). Jadi bila dia datang tolong tu dapatlah tengok sikit2 budak yang dikatakan penghulu tahap 1 skuad suksis. Masa tu tak berminat ngan dia sebab tau dia ada gf. So kami just kawan2, hangout dgn kawan2 lain bila free. Saya juga pernah ambik alih skuad saya untuk lapor diri kat dia awal pagi masa row-call. Time lapor diri tu saya sempat berseloroh dalam hati "wangi juga mamat ni". Time tu mmg lah wangi sebab mandi walaupun sblum jam 7 am lgi. Hahaha!

Nak dijadikan cerita.. Bila dah selalu hangout and sharing thoughts tu terdetik secara tak sengaja dalam hati ni menyimpan perasaan kat dia. Saya pun masa tu baru single dan memang mencari kawan. Tak terniat dalam hati nak porak perandakan hubungan orang tapi itulah dinamakan jodoh. 

Alhamdulilah kami bersama selepas few months. Masa couple tu mmg banyaklah dugaan. Dengan dia pun final year, saya pula baru nak masuk 3rd year. Bila dia menjalani LI, saya pula keseorangan di zaman uni. maklumlah generasi dia masa tu LI di semester terakhir. 

Zaman berdating dulu. 2 2 kurus. tapi banyak makan. 

Zaman berdating pun payah. Kena pekakkn telinga dengan smua sangkaan buruk. Kena korban masa dan duit. argh..kalau boleh putar balik masa mmg nak ambil balik smua $$. Hehehe!! tapi...at least membuahkan hasil sekarang.... hasil hubungan jarak jauh..hasil hubungan antara 2 orang berlainan latar belakang dan agama.

oh........

terlebih pula cerita kali ni..saja share sebab saya yakin ada lagi pasangan mcm kami diluar sana. lebih2 lagi melibatkan agama dan jarak. hanya Allah tahu perasaan kami dahulu...

k lah sambung cerita lain pula nanti...... takmau lah share banyak cerita zaman couple2 dulu. panjang sgt. hahaha!!


No comments:

Post a Comment

SpongeBob 3