Marriage is FUN!!

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, January 05, 2014

BOROS: Lelaki vs Wanita

Saya tertarik dengan topik di rancangan Nasi Lemak Kopi 0 pagi ni.
Title: Pengurusan Kewangan - Siapa Lebih Boros

who's fault?

Memang diakui wanita banyak kali mengeluarkan $$ untuk barang keperluan. Ini kerana memang stp wanita mempunyai keperluan yang lebih banyak daripada lelaki. Dari rambut hingga lah ke kaki. Dari barangan berfesyen hinggalah makanan. Lelaki pula jarang mengeluarkan duit untuk berbelanja. Tapi once dah berbelanja, memang depa beli sekali gus & harga lebih mahal. Sebab apa?? Sebab lelaki (mostly lelaki) mementingkan kualiti.

Pengalaman saya sendiri, saya jarang membeli barang berjenama. Kalau boleh memang nak elak lah. Bagi saya RM50 pun dah starting mahal. Hahaha! (Kedekut). Pakaian seperti baju dan seluar pula saya lebih selesa membeli murah tapi kuantiti 2-3 helai. Suami kata 1 pakaian sebulan. Tapi saya tak suka buat gtu. Adalah sekali saya beli dalam 2 pasang sebulan tapi few months later puasa tak beli pakaian lah. Tapi sejak berkahwin ni, suami insisted untuk peruntukkan RM50 ke atas untuk setiap pakaian yang dibeli. Alasannya, kualiti kena bagus. T.T

Untuk penjagaan muka dan set makeup, saya cuma akan beli bila dah nak habis. Lipstik pun cuma ada 2 jenis, eye shadow 3 jenis (pakai 1 ja selalu), 1 eyeliner, 1 blusher, 1 mascara, 1 liquid foundation, 1 pressed powder, 1 makeup remover, 1 lotion, 1 moisturizer. Dan semua barangan ni roughly boleh bertahan dalam 3bulan ke setahun. Jadi saya tak perlu nak beli banyak kali. Dan saya pengguna setia maybelline, safi rania, silky girl (nampak tak banyak sgt campuraduk produk). Huh!?

Kalau dari segi selipar pula, saya cuma akan selalu pakai selipar biasa. Selipar yang mat salleh dok sll pakai kalau travel ke Malaysia. Kasut comel2 ada cuma saya jarang nak pakai kalau setakat nak g pasaraya. Lainlah dok KL. Mcm2 ada. heh!

Selalu memang suami akan bagi duit stp bulan. tapi saya lebih selesa guna duit tu utk brg keperluan bersama cth makanan. Sebab bab makan saya tak kedekut. Memang foodporn sungguh.
Saya sgt suka western. i'm a lambchop-steak-chickenchop lady!

Suami pula lebih selesa untuk sekali skala membeli barangan dia. Tapi once beli, memang mahal sungguh. Sejak bersama dengan dia, utk pakaian iaitu jaket ala2 Dean Winchester Supernatural plg mahal dia beli. Dalam rm400. utk gadjet pula ada ja keluaran baru Samsung, dia akan survey dan memang tanam azam nak beli. Camera DSLR & laptop pula dah berpuluh riban. kesimpulannya, barangan dia jarang bawah dari rm100. yg paling lucu, ada sekali dia try beli sluar pendek made in china harga rm6. sebab tak dpt try, dia konfiden boleh muat ngn size dia lani. balik ja rumah..makaih.....terus menyesal seumur hidup kata taknak dah beli brg murah. =.= utk barangan bersama pula dia sanggup berkorban sebab katanya kita nak guna selalu & tahan lama, buat apa nak bjimat sangat. ya, memang dia selalu betul. tapi bila dah sampai tahap betul yang gila, kdg2 saya kena stopkan dia.. kalau tak...mmg ksian kad atm. hahahaha!!~~
jaket gini eh. nasib nsem. fuh!

kesimpulannya...sama ja laki dan wanita ni. bezanya wanita dan lelaki ialah kekerapan membeli. kalau hidup moderate, memang harga pun dalam lingkungan rm100-rm500. tapi kalau dah kaya ala2 artis tu memang beribu lah harga barangan kita.




No comments:

Post a Comment

SpongeBob 3